Diploma Teknologi Maklumat (Rangkaian)

Diploma Teknologi Maklumat ( Rangkaian)

 

Program ini direka untuk memperkenalkan pelajar kepada konsep-konsep rangkaian dan teori-teori, reka bentuk, pelaksanaan dan penyelenggaraan rangkaian komputer. program Ini juga menyediakan pengetahuan dan kemahiran dalam Perkakasan Komputer, Organisasi Komputer, Asas Rangkaian, Perkhidmatan Internet, Switching dan Routing, , Rekabentuk Rangkaian, dan Pengurusan Pelayan Keselamatan Rangkaian. Pelajar juga diberi peluang untuk belajar dan menggunakan perisian sumber terbuka dalam kursus-kursus seperti Sistem Operasi Terbuka Sumber (OSOS) dan Sistem Pangkalan Data. Kursus aplikasi dan pengaturcaraan yang termasuk dalam program ini adalah Asas Pengkomputeran , Prinsip Pengaturcaraan, Asas Pengaturcaraan dan Rangkaian. Kursus Keusahawanan Siber dan Analisis Projek serta Rekabentuk juga dimasukkan dalam program ini. Program ini juga memberi penekanan pembelajaran secara sendiri dan kerja tangan membawa kepada kecekapan graduan program ini dima sekaligus graduan akanlebih bersedia untuk mengharungi abaran dalam dunia teknologi pengkomputeran kelak.

 

SYARAT KEMASUKAN

  • Warganegara Malaysia
  • Lulus SPM atau setaraf dengan memnuhi syarat minmum berikut:
    • Lulus Bahasa Melayu
    • Lulus Bahasa Inggeris
    • Lulus Sejarah
    • Mendapat 3 Kepujian dalam matapelajaran berikut

                  - Matematik atau Matematik Tambahan

                  - Mana-mana 2 matapelajaran yang belum diambilkira

BAHASA PENGANTAR

  • Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia

 

PROSPEK KERJAYA

Program ini memberikan pengetahuan dan kemahiran dalam teknologi rangkaian komputer, pengurusan rangkaian dan keselamatan maklumat. Bukan itu sahaja malah memberi kemahiran dalam membangunkan pelayan yang boleh ber interaktif dan multimedia dimana boleh digunakan untuk pelbagai kerjaya dalam dunia perindustrian dan perniagaan ICT. Program ini memberikan pengetahuan dan kemahiran dalam pembangunan rangkaian komputer dimana medan penetapan kerja seperti berikut:-

i.Personel Penyelenggaraan,

ii.Personel Sokongan Rangkaian,

iii.Pentadbir Rangkaian,

iv.IT / Sokongan Maklumat

v.Jurutera Eksekutif,

vi.Teknikal Komputer Sokongan,

vii.Sokongan IT,

viii.Penolong Jurutera Rangkaian ,

ix. pembangun IT

x.dan Helpdesk Teknikal

QR-Code dieser Seite

5s  5ssirim

068354
Today Today 2