|
Pengenalan ISO
1.1 Pengertian
ISO ialah satu nama samaran bukan akronim untuk International Organisation For Standardisation. Ia adalah sebuah badan bersekutu yang menggabungkan organisasi dari seluruh dunia yang bertanggungjawab mewujudkan standard di negara masing-masing.
Di Malaysia, Institut Standard dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) adalah badan yang bertanggungjawab terhadap siri ini. ISO 9000 pula adalah satu standard bertulis yang menetapkan dan menerangkan elemen-elemen asas yang perlu ada dalam sistem kualiti bagi memastikan perkhidmatan yang diberikan oleh sesebuah organisasi dapat memenuhi kehendak pelanggan dan diiktiraf di peringkat kebangsaan.
1.2 Kualiti
Kualiti dalam ISO 9000 boleh ditakrifkan sebagai keseluruhan ciri-ciri dan sifat-sifat produk atau perkhidmatan yang dapat memenuhi kehendak yang dinyatakan dan tersirat mengikut kehendak pelanggan. Pelanganlah yang bertanggungjawab menilia sama ada perkhidmatan yang dihasilkan memenuhi ciri-ciri yang mereka tetapkan. Oleh itu, kualiti bermakna memenuhi kehendak pelanggan.
|