|
Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan |
|
|
|
|
LATAR BELAKANG
Unit Sukan & Kokurikulum bertanggungjawab mengurus dan menyelaraskan semua program kokurikulum di politeknik. Ia diwujudkan untuk memastikan semua program kokurikulum dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan.
Secara umumnya, kokurikulum merupakan satu modul wajib bagi pelajar semester satu dan dua dengan nilai 1 jam kredit.
Pelajar semester satu diwajibkan mengikut modul Kokurikulum R1001(Polibridge) manakala pelajar semester dua diwajibkan mengikuti modul Kokurikulum R2001 (Kelab & Persatuan)
Modul-modul ini mendedahkan para pelajar kepada pelbagai aspek kemahiran asa individu dan kumpulan. Penilaian berterusan terhadap pelajar adalah dibuat dalam bentuk amali dan teori.
PENTADBIRAN UNIT SUKAN & KOKURIKULUM
Pegawai Sukan :
>> Abdul Majid bin Udin
>> Mohamad Lothfi Yaakob
KEGIATAN SUKAN & KOKURIKULUM
Pelbagai kegiatan kokurikulum dilaksanakan di Politeknik Seberang Perai dan ianya meliputi :
>> Unit Polibridge
>> Kelab dan Persatuan
>> Kelab Sukan
>> Pasukan Beruniform
|