Jabatan ini juga terdiri dari dua unit iaitu Unit Bahasa Inggeris dan Unit Pendidikan Moral / Islam dan mempunyai pensyarah berkelayakan dan berpengalaman.
Unit Bahasa Inggeris berperanan penting dalam mengembangkan kemahiran komunikasi Bahasa Inggeris para pelajar (Lisan dan Tulisan), untuk tujuan akademik dan profesional. Terdapat tiga buah makmal bahasa dengan teknologi terkini memberi peluang bagi para pelajar mempraktikkan kemahiran bertutur dan mendengar dalam persekitaran yang menarik dan menghiburkan.
Unit Pendidikan Islam / Moral menumpukan kepada penerapan nilai-nilai universal dan Islam di kalangan pelajar. Ia bermatlamat memberikan panduan kepada pelajar dalam mengamalkan serta mempraktikkan nilai-nilai tersebut dalam kehidupan.
|