|
Jabatan Matematik,Sains & Komputer |
|
|
|
|
Jabatan Matematik, Sains dan Komputer (JMSK) adalah salah sebuah jabatan akademik sokongan di Politeknik Seberang Perai. Jabatan ini tidak menawarkan sebarang kursus tetapi ia mengendalikan modul (matapelajaran) teras yang merentasi ketiga-tiga jabatan akademik induk. Modul yang dimaksudkan adalah modul Matematik, Sains Kejuruteraan dan Pengkomputeran. Dari segi infrasturktur, jabatan ini menguruskan tujuh makmal komputer dan sebuah makmal Sains Kejuruteraan. Kesemua makmal ini digunakan oleh pelajar dari jabatan akademik induk mengikut jadual waktu yang dirancangkan.
Objektif
- memberi pendedahan awal kepada pelajar terhadap sains juruteknik dan pengkomputeran yang menjurus kepada bidang kejuruteraan.
- menerapkan kemahiran dalam bidang matematik kejuruteraan iaitu daripada pengetahuan matematik yang asas sehingga kepada peringkat tinggi.
- menerapkan disiplin ilmu akademik serta nilai-nilai murni seperti amanah, bertanggungjawab dan berdikari bagi melahirkan individu separa profesional yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
|