|
Unit Peperiksaan PSP diketuai oleh Ketua Pegawai Peperiksaan DG44 dan dibantu oleh 2 Pegawai Peperiksaan DG41 (Pengurusan Penilaian dan Rekod & Persijilan). Unit ini juga dibantu oleh Penyelaras Peperiksaan Jabatan yang diwakili dari setiap Jabatan Akademik. Unit Peperiksaan mempunyai tiga orang pegawai yang diketuai oleh Ketua Pegawai Peperiksaan dan dua Pegawai Peperiksaan yang bertugas sepenuh masa di unit ini. Pengurusan di unit ini dibantu oleh penyelaras-penyelaras peperiksaan dari setiap jabatan akademik. Penyelaras-penyelaras peperiksaan yang bertugas terdiri daripada pensyarah di setiap jabatan akademik dab mereka bertugas di unit ini sebagai tugas sampingan/khas. Selain itu, Unit Peperiksaan juga mempunyai tiga pegawai yang menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan pentadbiran dan pengurusan iaitu Penolong Pegawai Tadbir, Pembantu Tadbir dan Pembantu Am Pejabat.
Unit Peperiksaan Politeknik Seberang Perai merupakan salah satu unit sokongan yang penting kepada Politeknik kerana ia bukan sahaja bertanggungjawab kepada hal-hal berkaitan pengajaran dan pembelajaran malahan ia juga penting untuk hal-hal yang berkaitan dengan penilaian, pengawalan, dan perjalanan peperiksaan serta persijilan. Sehubungan dengan itu, sebuah lembaga yang dinamakan Lembaga Peperiksaan & Penganugerahan Sijil / Diploma Politeknik telah ditubuhkan di peringkat kebangsaan dan Jawatankuasa Peperiksaan ditubuhkan di peringkat politeknik bagi mengawal aktiviti peperiksaan dan penilaian di politeknik.
|