Jabatan Perdagangan PDF Print E-mail

 : : KURSUS DLS : : 


Jabatan ini menawarkan Diploma Perakaunan (DAT), Diploma Pengajian Perniagaan Pengurusan (DPM), Diploma in Logistics and Supply Chain Management (DLS), Sijil Penyimpanan Kira (SPK), Sijil Pengajian Perniagaan (SPP) dan Sijil Pemproses Data (SMD). Pelajar yang mengambil kursus-kursus ini akan mempelajari beberapa subjek teras seperti Perakaunan, Pengurusan Perniagaan, Ekonomi, Pemasaran, Undang-undang Komersil dan Statistik. Bagi memastikan ia seiring dengan perkembangan terkini dalam teknologi maklumat, para pelajar diberi pendedahan yang diperlukan untuk aplikasi perisian berkaitan perniagaan seperti UBS dan pakej perakaunan. Bagi melengkapkan pengajian mereka, para pelajar perlu mengikuti 6 bulan latihan industri di mana-mana syarikat atau agensi-agensi kerajaan.


Proses pengajaran dan pembelajaran ditingkatkan dengan menggunakan peralatan dan kemudahan moden. Syarahan dilakukan secara sistematik dalam 23 buah bilik kuliah yang kondusif dan dewan kuliah yang selesa. Bangunan pentadbiran Jabatan Pedagangan mempunyai kemudahan seperti bilik persidangan, sudut sumber dan audio visual yang memberikan persekitaran yang baik untuk staf dan pelajarnya.

 

Peti Undian

Pandangan anda mengenai Pendaftaran Sesi Jun 2010
 

Galeri Terkini

Kejohanan Bowling PSP 
 
Festival Nasyid 2010

Sindikasi PSP

Mutiara Kata

Salah satu perkara yang paling berharga yang patut dipelajari oleh setiap manusia ialah kemahiran menggunakan pengetahuan dan pengalaman orang lain...

-[ Anonymous(tidak diketahui) ]-

Pautan Kerajaan

MSC
My GOV
PEMUDAH
PEMUDAH
HRMIS
ePerolehan

Bilangan Pelawat

We have 65 guests online