|
Jabatan Kejuruteraan Mekanikal |
|
|
|
Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM) merupakan jabatan yang terbesar di antara tiga jabatan akademik induk di politeknik ini. Jabatan ini mempunyai saiz tenaga kerja mahir serta dilengkapi dengan peralatan dan mesin yang baik.
Jabatan ini mempunyai satu pasukan yang terdiri daripada pensyarah dan kakitangan yang bekerjasama untuk memajukan jabatan dalam mencapai matlamat untuk menghasilkan tenaga kerja separa profesional yang berkualiti, bertenaga, inovatif dan pro-aktif dalam bidang pengeluaran, loji dan kejuruteraan tekstil, seiring dengan visi negara untuk mencapai status industri sepenuhnya pada tahun 2020. Jabatan ini mempunyai komitmen penuh untuk menawarkan kursus pada tahap sijil dan diploma. Tenaga pengajar telah mengembangkan dan merekabentuk kurikulum Kejuruteraan Tekstil, satu kursus yang tidak ditawarkan oleh politeknik lain di Malaysia.
Dari segi kemudahan dan peralatan, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal mempunyai makmal yang canggih serta bengkel yang dilengkapi dengan mesin dan peralatan teknologi terkini. Jabatan ini juga berbangga kerana memiliki Bengkel Tekstil yang moden dan lengkap. Makmal dan bengkel ini menyediakan latihan kemahiran untuk para pelajar bagi menguji teori dan konsep yang telah dipelajari di dalam bilik kuliah.
Bagi memastikan penggunaan dan pengendalian optima mesin dan peralatan yang terkini, pensyarah dan juruteknik telah menjalani satu siri latihan dalaman yang dikendalikan oleh pembekal masing-masing. Jabatan ini juga mengendalikan kursus inventori untuk semua kakitangan Inventori dari setiap jabatan akademik bagi memastikan pengendalian yang betul terhadap inventori dalam jabatan masing-masing.
|