Logo dan Cokmar PDF Print E-mail

LOGO POLITEKNIK SEBERANG PERAI


Pembentukan 4 (empat) bucu hasil dari pembentukan segiempat yang menunjukkan arah tujuan Politeknik Seberang Perai bagi menghasilkan pelajar (graduan) yang lengkap dari segi :

JASMANI, ROHANI, EMOSI dan INTELEK.

Singkatan nama politeknik dan 4 (empat sempadan yang terbentuk dari hasil gabungan segitiga ini menggambarkan bahawa kejayaan Politeknik Seberang Perai ini bergantung kepada :

PENGARAH, PENSYARAH, STAF SOKONGAN dan PELAJAR.      

Bentuk P (Besar) melambangkan Politeknik
Bentuk S melambangkan Seberang
Bentuk P (Kecil) melambangkan Perai

Gabungan huruf P (Besar) dan P (Kecil) menunjukkan letaknya kampus Politeknik Seberang Perai di Pulau Pinang. 



COKMAR POLITEKNIK SEBERANG PERAI




Direkabentuk khas bagi melambangkan sebuah pusat pengajian yang mendidik pelajar dari peringkat asa sehingga ke tahap yang lebih tinggi dalam bidang sains, teknologi dan perdagangan. Rekabentuk berupa sebuah
menara yang dihiasi kerawang berwarna emas merupakan simbol mercu kejayaan dan ketinggian nilai.


Bentuk Menara

Politeknik merupakan pusat pencarian ilmu dalam bidang sains, teknologi dan perdagangan yang akan membawa pelajar  ke kedudukan yang lebih baik. Lambang menara ini juga menggambarkan satu tempat yang boleh memberi pandangan jauh dan luas sekaligus mencerminkan identiti pelajar yang mempunyai wawasan

Kerawang Emas

Emas merupakan sejenis logam yang sangat bernilai yang diidamkan oleh semua golongan masyarakat sebagai perhiasan diri.Begitulah apa yang dicari oleh pelajar di politeknik , iaitu ilmu yang amat berharga untuk masa depan. Kerawang yang diukir indah melambangkan kebudayaan kebangsaan yang tidak pernah dilupakan dalam akademik , sahsiah dan semangat cintakan negara.

 

 

 



 

Peti Undian

Pandangan anda mengenai Pendaftaran Sesi Jun 2010
 

Galeri Terkini

Kejohanan Bowling PSP 
 
Festival Nasyid 2010

Sindikasi PSP

Mutiara Kata

Salah satu perkara yang paling berharga yang patut dipelajari oleh setiap manusia ialah kemahiran menggunakan pengetahuan dan pengalaman orang lain...

-[ Anonymous(tidak diketahui) ]-

Pautan Kerajaan

MSC
My GOV
PEMUDAH
PEMUDAH
HRMIS
ePerolehan

Bilangan Pelawat

We have 98 guests online