Latihan Industri PDF Print E-mail

>> Latihan Industri merupakan salah satu syarat yang diwajibkan ke atas setiap pelajar
     sebelum layak dipertimbangkan untuk penganugerahan sijil atau diploma.

>> Setiap pelajar perlu lulus latihan industri sebelum dibenarkan memasuki semester yang 
      berikutnya. Pelajar akan menjalani Latihan Industri selama 22 minggu di jabatan
      kerajaan atau swasta dan akan didedahkan kepada alam pekerjaan yang sebenar yang
      mana jauh berbeza dari suasana di Politeknik.

>> Tujuan utama panduan latihan industri inin adalah untuk memberi bimbingan pada
      pelajar yang menjalani latihan industri supaya bersedia untuk menempuh segala
      cabaran dan sentiasa akur dengan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh
      Politeknik dan juga jabatan atau firma yang berkenaan.

 

Objektif Latihan Industri

i         Mendedahkan pelajar kepada alam pekerjaan sebenar.

ii        Menambah dan meluaskan pengetahuan teknikal dan kemahiran pelajar.

iii       Menimbulkan kesedaran serta meningkatkan minat pelajar terhadap pelajaran di
          Politeknik.

iv       Membolehkan pelajar mengaitkan teori-teori kepada praktikal atau sebaliknya.

v        Mengamalkan peraturan-peraturan keselamatan di dalam industri.

vi       Mananam sifat amanah dan bertanggungjawab.

vii      Membina keyakinan diri.

viii     Meluaskan pergaulan dengan kumpulan masyarakat pekerja di Industri.

ix       Mananam semangat kerja berpasukan dan perhubungan baik sesama pekerja.

x        Menilai kebolehan diri pelajar di alam pekerjaan untuk persediaan menghadapi alam
          pekerjaan selepas tamat pengajian.

xi       Memperkenalkan diri pelajar sendiri dari segi kebolehan, kesanggupan dan sikap 
          kepada bakal majikan.

xii      Menyediakan satu laporan rasmi selepas tamat latihan.
 

 

Peti Undian

Pandangan anda mengenai Pendaftaran Sesi Jun 2010
 

Galeri Terkini

Kejohanan Bowling PSP 
 
Festival Nasyid 2010

Sindikasi PSP

Mutiara Kata

"Bersikap rendah diri, seolah-olah seseorang itu akan mencapai kebijaksanaan. Bersikap rendah diri lagi apabila kebijaksanaan itu telah dicapainya..."

-[ petikan Helena Petrova Blavatsky ]-

Pautan Kerajaan

MSC
My GOV
PEMUDAH
PEMUDAH
HRMIS
ePerolehan

Bilangan Pelawat

We have 73 guests online