Polisi Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Politeknik Seberang Perai PDF Print E-mail

Berpandukan kepada peruntukan Seksyen 16, akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan malaysia 1994 ( Akta 514), POLITEKNIK SEBERANG PERAI (PSP) berusaha untuk menyediakan dan memelihara suasana bekerja yang selamat, sihat, bersih, indah dan ceria. Oleh yang demikian, pihak pengurusan PSP akan memastikan setiap individu prihatin terhadap kepentingan keselamatan dan kesihatan.

Bagi memenuhi keperluan yang dinyatakan, pihak pengurusan PSPS telah menggariskan polisi-polisi berikut:

  • Mewujudkan budaya kerja selamat dalam semua aktiviti seharian. Ini dilakukan dengan mewujudkan kawasan dan suasana kerja yang selamat, sihat dan sejahtera serta penyediaan sistem dan peralatan keselamatan yang sesuai dan mencukupi.

  • Penyediaan dan penyelenggaraan tempat, kemudahan, peralatan dan sistem kerja yang menjamin keselamatan dan kesihatan pekerjaan supaya ia tidak menimbulkan bencana keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.

  • Menyiasat dan melaporkan semua kemalangan, penyakit, keracunan dan kejadian berbahaya serta mengambil langkah-langkah pencegahan ke arah kemalangan sifar.

  • Memupuk kesedaran keselamatan dan kesihatan pekerjaan kepada warga PSP supaya mereka menerima dan mengamalkan amalan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang baik.

  • Merancang dan melaksanakan usaha penambahbaikan secara berterusan

Semua kakitangan bertanggungjawab untuk merialisasikan budaya kerja selamat dan sihat dengan penuh iltizam seperti mana yang terkandung dalam Manual Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan PSP

 

Tn. Hj. Noor Azahan bin Othman
Pengarah
Politeknik Seberang Perai
Pulau Pinang.                     

1 Ogos 2006
PSP/PTD/10/09/1
 

 

Peti Undian

Pandangan anda mengenai Pendaftaran Sesi Jun 2010
 

Galeri Terkini

Kejohanan Bowling PSP 
 
Festival Nasyid 2010

Sindikasi PSP

Mutiara Kata

"Guru yang membuka pintu tetapi anda harus masuk dengan sendiri..."

-[ petikan Dr. Shukri Abdullah ]-

Pautan Kerajaan

MSC
My GOV
PEMUDAH
PEMUDAH
HRMIS
ePerolehan

Bilangan Pelawat

We have 58 guests online