|
Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan |
|
|
|
|
Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan merupakan unit yang menyelaras latihan staf dan program di bawah konsep Time Sector Privatisation (TSP) yang diperkenalkan pada awal tahun 1990an.
TSP merupakan satu program kerjasama yang membenarkan pihak industri dan orang awam menggunakan kemudahan latihan di politeknik secara optimum. Program ini telah dijalankan di Politeknik Seberang Perai semenjak tahun 2000. Program ini telah memberi manfaat kepada pihak luar terutama industri yang biasanya menggunakan kemudahan fasiliti dan kepakaran politeknik untuk melatih pekerja yang terdapat di premis masing-masing, juga orang awam yang berhasrat meningkatkan tahap kemahiran mereka.
Politeknik Seberang Perai pada masa ini melaksanakan 3 kategori program TSP iaitu Kursus Sambilan, "Cistomised Courses" dan Sewaan Fasiliti. Aktiviti program TSP tidak menjejaskan matlamat asas penubuhan Politeknik yang menyediakan proses pengajaran dan pembelajaran sepenuh masa kerana aktiviti program TSP dilaksanakan di luar waktu pengajaran dan pembelajaran.
Untuk maklumat lanjut sila layari >> Laman Web Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan.
|