|
Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi |
|
|
|
|
Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK) menawarkan kursus-kursus pengajian di peringkat Diploma. Sejak dari sesi Januari 1999, kursus-kursus pengajian bidang teknologi maklumat dan komunikasi diletakkan di bawah Jabatan Kejuruteraan Elektrik. Ekoran daripada penstrukturan semula Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia pada tahun 2007, telah diwujudkan Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi untuk menawarkan kursus-kursus pengajian dibidang berkaitan.
Disamping kursus sepenuh masa, Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi juga menawarkan kursus secara sambilan (part-time) di peringkat diploma bagi pelajar lepasan sijil politeknik.
Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi mempunyai lima blok bangunan yang dikongsi bersama Jabatan Kejuruteraan elektrik terdiri daripada bangunan pentadbiran, dua blok bilik kuliah dan makmal serta bengkel. Makmal-makmal yang canggih berupaya mengaplikasikan proses pengajaran dan pembelajaran secara “hands-on” kepada pelajar-pelajar. Makmal Perkakasan, Perisian, Multimedia/Hypermedia, Rekabentuk Bantuan Komputer (CAD) dan Makmal Komunikasi Data membolehkan para pelajar untuk berlatih asas komputer serta kemahiran merekabentuk perkakasan dan perisian dan juga sistem rangkaian komputer.
Objektif:
Objektif Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi adalah untuk :
- memberi pendidikan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi melalui kurikulum yang terancang, menyeluruh, seimbang dan teknologi terkini dari aspek teori dan praktikal;
- menyediakan tenaga kerja lulusan diploma yang berilmu, berakhlak, berketrampilan, mahir dan terlatih bagi memenuhi permintaan tenaga kerja sektor awam dan swasta selaras dengan Dasar Pendidikan Negara.
Program & Jangka Masa:
| PROGRAM |
KUMPULAN SASARAN |
JANGKAMASA MINIMA |
| Program Asas |
Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan) |
pelajar lepasan SPM |
3 tahun : 6 semester |
| Program Integrasi |
Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan) |
pelajar lepasan sijil politeknik |
1 1/2 tahun : 3 semester |
| Program ‘Bridging’/Foundation |
Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan) |
pelajar lepasan kolej komuniti |
2 tahun : 4 semester |
| Kursus Secara Sambilan (KSS) |
Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan) |
pelajar lepasan sijil politeknik |
3 tahun : 6 semester |
|