Seminar Logistik & Pengurusan Rangkaian Bekalan PDF Print E-mail
Monday, April 27 2009 00:00
There are no translations available.

BUKIT MERTAJAM, 23 APRIL 2009 - Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) melalui Politeknik Seberang Perai (PSP) telah menganjurkan satu Program Seminar Logistik dan Pengurusan Rangkaian Bekalan yang telah dirasmikan oleh En. Noor Ariff bin Yusoff, Pengurus Besar Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (Penang Port Commission) di Dewan Kuliah Utama, PSP.  Seminar yang julung-julung kali diadakan di PSP ini melibatkan seramai 250 orang peserta yang terdiri daripada para pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti, guru-guru sekolah serta wakil daripada pihak industri. Seminar yang berlangsung selama tiga jam ini turut mengenengahkan dua penceramah daripada Victoria University, Australia, penceramah daripada Federation of Malaysian Freight Forwarders (FMFF) serta  penceramah daripada Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang. 

Penekanan diberikan oleh JPPKK terhadap program seminar ini adalah untuk memberi pendedahan serta pengalaman daripada pihak industri yang terlibat kepada umum berhubung prospek kerjaya dalam bidang Logistik dan Pengurusan Rangkaian Bekalan. Pada masa yang sama hubungan baik yang dilaksanakan dengan pihak industri dapat dieratkan lagi. Seminar yang dijalankan juga adalah selaras dengan kursus Diploma Logistik dan Pengurusan Rangkaian Bekalan yang ditawarkan di Politeknik melalui Jabatan Perdagangan. Kerjasama dan hubungan yang baik dengan pihak industri juga dapat membantu di dalam membekalkan para pelajar berhubung pengetahuan semasa serta skil-skil yang relevan bagi memenuhi kehendak serta cabaran dalam industri Logistik dan Pengurusan Rangkain Bekalan.

Turut hadir pada majlis perasmian ialah Tuan Hj. Noor Azahan bin Othman, Pengarah Politeknik Seberang Perai, Ketua-ketua Jabatan PSP, Ketua-ketua Unit PSP, pensyarah-pensyarah dan kakitangan PSP



Disediakan oleh : Pegawai Perhubungan Awam,
                            Politeknik Seberang Perai.