|
Diploma Kejuruteraan Mekanikal
(Pembuatan)
SINOPSIS MODUL
SEMESTER 1
A 4003
- ENGLISH FOR TECHNICAL PURPOSES 4
The
English Language Syllabuses developed for Technical and Commercial Purposes
contain skills that are generally common to both, with a few exceptions such
as the skill of writing of minutes, which our survey showed was more
relevant to Commercial than Technical students. However, in the
implementation of syllabuses, the teaching approach taken is the ESP
approach. Thus the materials and the pedagogy used in the English for
Technical and the Commercial classrooms will differ because of the
differences in the nature of subject content and skill focuses between them.
B 4001
MATEMATIK KEJURUTERAAN 4
Modul
ini memberi pendedahan kepada pelajar mengenai kembangan binomial, siri,
vector dan scalar, pecahan separa, jelmaan Laplace dan persamaan tak linear.
J 4121
AMALAN BENGKEL PEMBUATAN 2
Mata
pelajaran ini antara lain mendedahkan kepada pelajar untuk mengendalikan
mesin peraut, mesin pembentuk, mesin canai, mesin gerek dan mesin pemotong
oksi-asitilin automatik serta pemeriksaan dan ujian kimpal secara berkesan.
Pelajar juga dapat menyediakan aturcara dan mengendalikan mesin EDM dan
mesin CNC; menguji kerja dengan menggunakan alat ukur dan tolok yang jitu;
menyediakan aturcara menggunakan kaedah lead through, luar talian dan
manipulasi robot dan mengendalikan mesin-mesin kimpalan khusus dan membuat
sambungan-sambungan asas.
J 4122
TEKNOLOGI BAHAN 2
Mata
pelajaran ini antara lain mendedahkan pelajar kepada pelbagai jenis logam,
pancalogam dan bahan bukan logam, yang biasa digunakan dalam bidang
kejuruteraan.
J 4807
- LUKISAN TERBANTU KOMPUTER 2
Setelah
mengikuti modul ini, pelajar akan dapat mengendalikan lukisan terbantu
komputer pada peringkat lanjutan yang melibatkan aspek seperti pemodelan 3D,
UCS, blok dan pustaka blok dan pelangganan menu.
SEMESTER 2
J 4011
PNEUMATIK & HADRAULIK
Setelah mengikuti modul
ini, para pelajar akan dapat meningkatkan pengetahuan dan kefahaman mengenai
kepentingan peralatan dan rekabentuk litar serta penggunaannya di dalam
sector industri.
J 4123
REKABENTUK / PEMBUATAN TERBANTU KOMPUTER
Setelah
mempelajari modul reka bentuk/pembuatan terbantu komputer, pelajar akan
dapat memahami, mengenalpasti dan menggunakan elemen-elemen rekabentuk
terbantu komputer (CAD) dan pembuatan terbantu komputer (CAM) dalam proses
merekabentuk.
J 4125
AUTOMASI PERINDUSTRIAN & ROBOTIK
Setelah
mengikuti modul ini, pelajar-pelajar akan dapat meningkatkan pengetahuan dan
kefahaman mengenai asas-asas robot. Pelajar juga akan berkeupayaan memilih
robot yang sesuai untuk melaksanakan sesuatu kerja dan juga mengetahui aspek
keselamatannya.
J 4006
PENGATURCARAAN KOMPUTER
Modul
ini memberi pendedahan kepada pelajar mengenai Visual Basic dari peingkat
awalan hingga ke tahap upaya menyediakan aturcara yang mudah.
SEMESTER 3
A 5003
ENGLISH FOR TECHNICAL PURPOSES 5
The
English Language Syllabuses developed for Technical and Commercial Purposes
contain skills that are generally common to both, with a few exceptions such
as the skill of writing of minutes, which our survey showed was more
relevant to Commercial than Technical students. However, in the
implementation of syllabuses, the teaching approach taken is the ESP
approach. Thus the materials and the pedagogy used in the English for
Technical and the Commercial classrooms will differ because of the
differences in the nature of subject content and skill focuses between them.
B 5001
MATEMATIK KEJURUTERAAN 5
Modul ini
memberi pendedahan kepada pelajar mengenai fungsi hiperbola dan trigonometri
songsang, pembezaan lanjutan, pengamiran lanjutan dan persamaan perbezaan.
J 5811
REKABENTUK ALAT
Membolehkan pelajar memahami prinsip rekabentuk peralatan dengan merujuk
kepada jig dan kelekapan, perkakas tekan, alat pembentuk untuk bahan plastik
dan penggunaan rekabentuk.
J 5127
KAWALAN PEMBUATAN
Memahami
konsep asas berkaitan kawalan pembuatan. Mendalami kefahaman dan penggunaan
konsep penggurusan, perancangan dan prosedur kawalan dalam pembuatan.
SEMESTER 4
J 5124
KAWALAN KUALITI
Setelah
mempelajari modul Kawalan Kualiti pelajar akan memahami prinsip asas dan
boleh mempraktikkan kaedah serta teknik kawalan kualiti.
J 5012
PROJEK
Melatih
pelajar-pelajar menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang di pelajari
daripada kuliah dan amali di bengkel atau makmal serta digabungjalin dan
ide-ide atau dapatan yang sesuai untuk menghasilkan salah satu projek
kejuruteraan secara berkumpulan daripada mana-mana bidang-bidang berikut :-
1.
Rekabentuk (Design)
2.
Kajian dan penyelidikan (R&D)
3. Ujian/ujikaji
makmal (Laboratory test)
4.
Pembuatan (Fabrication)
5. Kajian
pembacaan atau/dan internet (literature research or/and internet)
6.
Pengaturcaraan/membina perisian (programming/software)
J 5126
EKONOMI PEMBUATAN
Selepas
mempelajari mata pelajaran ini, pelajar dapat memahami jenis-jenis kos yang
terlibat dalam industri pembuatan.
J 4101 REKABENTUK
KEJURUTERAAN
Mata pelajaran ini melangkapkan pelajar
dengan asas-asas dalam rekabentuk kejuruteraan. Penekanan diberi kepada
perkiraan rekabentuk bagi komponen-komponen mudah dalam kejuruteraan.
 |