Tatacara Semasa Dan Selepas Latihan

  • Hendaklah mematuhi peraturan syarikat semasa menjalani latihan (contoh: Akta Rahsia Syarikat).

  • Sentiasa menjaga imej politeknik dan syarikat.

  • Pengarah Bahagian Latihan dan Kemajuan Staf berhak menamatkan latihan pensyarah jika diperlukan.

  • Pensyarah dikehendaki melapor diri kepada Pengetua politeknik sebaik sahaja tamat tempoh latihan.

  • Semasa latihan pensyarah tidak dibenarkan mengambil cuti kecuali sakit.

  • Pertukaran tempat latihan tidak dibenarkan tanpa kelulusan Pengarah Bahagian Latihan dan Kemajuan Staf.

  • Pensyarah hendaklah menepati masa kerja dan memberi sepenuh perhatian kepada latihan.

  • Pensyarah dikehendaki menyediakan laporan tidak leway dari satu bulan selepas tamat latihan.

  • Pensyarah dikehendaki membentang pengalaman/pengetahuan/teknologi semasa kepasa pensyarah-pensyarah di jabatannya dan wakil-wakil dari jabatan lain melalui seminar/kursus dalaman.

  • Sijil tamat latihan sangkutan ke industri akan diberi kepada pensyarah dan surat penghargaan kepada syarikat oleh Jabatan Pendidikan Teknikal.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Disediakan oleh Unit Latihan & Pendidikan Lanjutan

Politeknik Sebarang Perai

13500 Jalan Permatang Pauh

Permatang Pauh

Pulau Pinang

Tel : 04-5383322   ext. 1203, 1401

Email : lpl@psp.edu.my