Diploma Pengajian Perniagaan (Pengurusan)

SINOPSIS MODUL

SEMESTER 1

A 4004 - BAHASA INGGERIS PERDAGANGAN

The topics areas are Social English (reading for information & pleasure, viewing videos and films for information), Reading and Writing Business Correspondence (reading and writing sales report, monthly report/annual reports and filling in forms), Oral Communication Skills at the Workplace (telephone skills, using the telephone directory, giving and relaying information) and Understanding Business Documents (business articles, understanding graphs and charts).

P 2114 - UNDANG-UNDANG KOMERSAN & P 4123 - PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

Matapelajaran ini diadakan bertujuan bagi mendedahkan pelajar kepada konsep dan prinsip asas bidang pengurusan sumber manusia dan kepada aspek perunding dan peraturan yang berhubung dengan keberkesanan pengurusan sumber manusia. Ianya merangkumi topik-topik seperti perancangan strategi sumber manusia, pengambilan dan pemilihan pekerja, orientasi pekerja dan pembangunan sumber manusia, penilaian prestasi, pengurusan pampasan, perhubungan perindustrian dan keselamatan serta kesihatan pekerja.

P 5127 - KEWANGAN PERNIAGAAN

Matapelajaran ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan  pelajar kepada konsep-konsep kewangan dan teknik-teknik yang digunakan untuk mengurus kewangan sesebuah syarikat. Ianya merangkumi topik-topik seperti pengurusan kewangan, pulangan dan risiko, analisa kewangan, pengurusan modal kerja, pembiayaan jangka pendek dan jangka panjang, belanjawan modal dan leveraj.

SEMESTER 2

P 2112 - PERBANKAN DI MALAYSIA

Matapelajaran ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan pelajar kepada struktur, fungsi-fungsi dan peranan berbagai jenis institusi kewangan dalam sistem bank di Malaysia dan meluaskan pengetahuan pelajar dalam bidang pengurusan bank. Ia meliputi topik-topik seperti struktur kewangan, bank pusat, bank perdagangan, syarikat kewangan, bank saudagar dan gedung diskaun. Di samping itu, ia juga menjelaskan perbankan Islam di Malaysia dan dasar kawalan pertukaran asing, risiko-risiko pasaran wang dan pasaran tukaran matawang asing.

P 4122 - PENGURUSAN PELABURAN

Matapelajaran ini diadakan bertujuan untuk menerangkan kepada pelajar secara komprehensif mengenai bidang pelaburan dan cara mengendalikan pelaburan. Ianya merangkumi topik-topik seperti risiko dan pulnagan, penilaian saham biasa, analisa pelaburan, pelaburan dalam bon, pengurusan porfolio dan anomali pasaran.

P 3120 - UNDANG-UNDANG SYARIKAT

Matapelajaran ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan pelajar kepada prinsip-prinsip dan undang-undang syarikat dalam sesebuah syarikat. Ianya merangkumi topik-topik seperti pembentukan sesebuah syarikat, konsep saham, debentur dan caj, perlantikan pengarah, setiausaha dan pegawai-pegawai syarikat, mesyuarat dan perjalanannya, pengaturan dan penyusunan semula, penggulungan dan akaun, laporan dan audit.

SEMESTER 3

A 5004 - BAHASA INGGERIS PERDAGANGAN

The topics areas are Social English (reading for information & pleasure, viewing videos and films for information), Reading and Writing Business Correspondence (reading and writing sales report, monthly report/annual reports and filling in forms), Oral Communication Skills at the Workplace (telephone skills, using the telephone directory, giving and relaying information) and Understanding Business Documents (business articles, understanding graphs and charts).

P 5126 - ASPEK PEMASARAN ANTARABANGSA

Matapelajaran ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan pelajar kepada aspek pemasaran antarabangsa secara menyeruluh. Ianya merangkumi topik-topik seperti global, organisasi dalam pemasaran antarabangsa, saluran agihan antarabangsa, mekanisme dan logistik perdagangan eksport dan pembayaran serta pembiayaan pemasaraan antarabangsa.

P 4206 - PERCUKAIAN MALAYSIA 1

Matapelajaran ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan pelajar kepada asas-asas yang mencukupi dalam bidang percukaian. Ianya merangkumi topik-topik seperti taraf mastautin di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967, sumber pendapatan dan pengiraan pendapatan, potongan-potongan kerugian, pelepasan cukai dan rebet cukai, penentuan pendapatan pengajian, pengecualian cukai, elaun-elaun modal dan pentadbiran cukai.

SEMESTER 4

P 5601 - PENGURUSAN PENGELUARAN

Matapelajaran ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan pelajar kepada  kaedah-kaedah dan teknik-teknik pengurusan pengeluaran yang digunakan terhadap aktiviti pengilangandalam sesebuah organisasi. Ianya merangkumi topik-topik seperti kaedah-kaedah peramalan permintaan, perancangan keperluan kapasiti, teknik perancangan susunatur, pengendalian dan lokasi, menentukan kuantiti pesanan ekonomi, perolehan sumber dan kawalan operasi, penjadualan projek dan peruntukan sumber.

P 5125 - PRINSIP DAN AMALAN INSURANS

Matapelajaran ini diadakan bertujuan untuk mendeddahkan pelajar kepada teknik pengurusan risiko perseorangan dan perniagaan. Ianya merangkumi topik-topik seperti prinsip asas insurans dan pengenalan takaful, industri insurans di Malaysia, perlindungan pengguna dan peraturan berkanun, kontrak insurans, undang-undang agensi, pemasaran dan perkhidmatan lepas jualan, kelas perniagaan insurans am dan takaful am, dokumen insurans, amalan tuntutan insurans dan insurans hayat.

P 5128 - PROJEK PERNIAGAAN

Di bawah matapelajaran ini, pelajar dikehendaki menyiapkan satu projek bertulis berkaitan dengan bidang perniagaan mengikut apa yang telah dipelajari dari semester 1 hingga 4. Projek ini akan disemak, dinilai dan digred menggunakan kriteria yang telah ditetapkan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Disediakan oleh Unit Latihan & Pendidikan Lanjutan

Politeknik Sebarang Perai

13500 Jalan Permatang Pauh

Permatang Pauh

Pulau Pinang

Tel : 04-5383322   ext. 1203, 1401

Email : lpl@psp.edu.my