-
Tuan/Puan hendaklah
membayar sewa sebanyak 100% setelah menerima pengesahan mengenai
penempahan tersebut dan juga dikehendaki membayar Wang Cagaran 50% semasa
tempahan dibuat.
-
Bayaran hendaklah dibuat
melalui wang tunai atau cek atas nama
PENGARAH POLITEKNIK SEBERANG PERAI
dan juga segala bayaran hendaklah diserahkan kepada Pejabat Jabatan
Latihan dan Pendidikan Lanjutan pada tarikh yang telah ditetapkan.
-
Pihak Politeknik
Seberang Perai berhak menbatalkan sesuatu tempahan tanpa memberikan
sebarang sebab.
-
Tuan/Puan hendaklah
mendapatkan kebenaran daripada pihak Berkuasa yang berkenaan sebelum
mengadakan sesuatu acara.
-
Tuan/Puan tidak
dibenarkan membawa makanan/minuman daripada luar dan sebarang tempahan
jamuan untuk mesyuarat dan sebagainya hendaklah ditempah dari kafeteria/kantin
Politeknik Sebarang Perai.
-
Sebarang kerosakan
kepada perabot-perabot dan perkakas-perkakas yang berada di dalam Bilik
Mesyuarat/Persidangan hendaklah diganti ataupun dibayar oleh pihak tuan
mengukut nilai harga barang-barang tersebut.
-
Tuan/Puan juga dipinta
memberitahu kepada peserta/pengguna supaya tidak dibenarkan merokok dan
membawa masuk botol-botol, tin-tin, beg-beg plastik yang berisi minuman,
rojak dan sebagainya ke dalam kawasan Politeknik Seberang Perai.
-
Kain Pemidang (Banner)
mengenai sesuatu acara atau pertunjukan itu hendaklah diperiksa terlebih
dahulu oleh Pegawai Jabatan Latihan dan Pendidikan Lanjutan, Politeknik
Seberang Perai dan ianya hendaklah ditulis dalam Bahasa Malaysia di atas
kain tersebut dan lain-lain Bahasa bolehlah ditulis dibawahnya, hendaklah
diletakkan di tempat yang dikhaskan.
-
Pihak tuan/puan
dilarang sama sekali
memasang apa-apa juga bendera/banner
di sekeliling/dalam kawasan/bangunan Politeknik Sebarang Perai kecuali di
dalam Dewan/Bilik Seminar yang ditempah sahaja.
-
Tuan/Puan adalah diminta
menjaga keselamatan dan kebersihan tempat-tempat yang digunakan serta
melarang orang-orang yang tidak berkenaan daripada masuk atau mengganggu.
-
Tuan/Puan atau wakil
dikehendaki membersih/mengatur semula seperti disediada (kerusi/meja),
tempat jamuan (ruang pameran) setelah digunakan. Segala peralatan/perkakasan
jamuan hendaklah dibawa balik setelah selesai pada hari berkenaan juga.
-
Tuan/Puan atau wakil
adalah dilarang
sama sekali membawa masuk minuman keras dan memasak/memanas bahan-bahan
untuk jamuan di dalam kawasan/bangunan Politeknik Seberang Perai.
-
Sebarang kemalangan yang
berlaku tersabit dengan penggunaan tempat-tempat yang disewakan tidaklah
menjadi tanggungjawab pentadbiran ini.
-
Tuan/Puan adalah
dikehendaki menunjukkan resit bayaran/surat kebenaran kepada Penyelia
Jabatan Latihan dan Pendidikan Lanjutan, Politeknik Seberang Perai sebelum
masuk menggunakan tempat-tempat yang disewa.
-
Pihak pentadbiran ini
berhak tidak mengembalikan wang sewa tempahan/cagaran, sekiranya pihak
tuan/puan menbatalkan tempahan penyewaan tempat-tempah tersebut.
-
Tuan/Puan dikehendaki meletak kereta di
tempat letak kereta yang disediakan. Pihak PSP berhak mengenakan caj ke
atas kereta yang diletakkan di merata-rata tempat. Tuan/Puan juga dilarang
meletak kereta di mana-mana kawasan depan pentadbiran dan jabatan yang
dikhaskan untuk Pengarah dan Timbalan, Ketua-ketua Jabatan dan Pegawai
Kanan.