PROGRAM SANGKUTAN KE INDUSTRI

Pengenalan

Laporan 'Polytechnic Development Project - Employer Study' oleh IDP Education Australia dan NCVER menyatakan kekurangan pengalaman industri di kalangan pensyarah-pensyarah politeknik yang memberi kesan terhadap kualiti lulusan politeknik. Justeru itu, purunding tersebut telah mengesyorkan latihan pra-perkhidmatan di kalangan pensyarah-pensyarah politeknik adalah perlu, yang meliputi pendedahan industri. Berdasarkan kepada laporan tersebut, pensyarah-pensyarah politeknik perlu diberi peluang untuk mengikuti program sangkutan di industri-industri yang bersesuaian dengan keperluan kursus di politeknik.

Program Sangkutan ke Industri bagi pensyarah-pensyarah Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia telah bermula pada 1 September 1999 atas inisiatif Bahagian Latihan Staf, Jabatan Pendidikan Teknikal, KPM. Program ini bertujuan memberi pendedahan industri kepada para pensyarah politeknik menimba ilmu pengetahuan dan pengalaman serta mengikuti perkembangan semasa teknologi terkini bersesuaian keperluan kursus-kursus di politeknik. Program ini diharapkan akan membantu memperbaiki sistem pengajaran dan pembelajaran di politeknik seterusnya meningkatkan kualiti lulusan politeknik.

Syarat-syarat kelayakan mengikuti Program Latihan Sangkutan Ke Industri

Panduan Pemilihan Tempat

Tatacara Semasa dan selepas Latihan

Kadar-kadar Elaun Makan, Hotel dan Lojing

Penyediaan Buku Laporan Program Sangkutan 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Disediakan oleh Unit Latihan & Pendidikan Lanjutan

Politeknik Sebarang Perai

13500 Jalan Permatang Pauh

Permatang Pauh

Pulau Pinang

Tel : 04-5383322   ext. 1203, 1401

Email : lpl@psp.edu.my