PROGRAMMABLE LOGIC CONTROL (PLC)

Matlamat

Adalah untuk memberi pengetahuan dan kemahiran mengenai asas untuk membina sesuatu program yang terlibat dalam kawalan automatik. Kursus memberi pengkhususan kepada perisian PLC yang menggunakan teknologi Omron. Kursus ini mampu menjadikan diri sebagai seorang mampu merekabentuk program berdasarkan latihan dan projek yang disediakan.

Sinopsis

Kursus adalah terbuka kepada seseorang yang berminat atau tidak berpengalaman untuk menjadi seorang pengaturcara program PLC. Kursus ini dianjurkan kerana dunia perindustrian yang penuh dengan sistem automatik yang meluas di mana pihak yang terlibat samada bidang pengajaran, perindustrian, penyelenggaraan dan sebagainya berpeluang untuk memasang dan menguji program yang dihasilkan.

Objektif

*  Selepas mengikuti kursus ini, peserta akan dapat :

 

*  Memahami penggunaan perisian Omran, 'Input & Output address' dan memori.

*  Merekabentuk program PLC dengan menggunakan konsep 'Timer' dan 'Counter' dalam sesuatu  

    projek

*  Menggunakan konsep 'ladder diagram' dalam pembinaan program.

*  Menyelenggara peralatan dengan kaedah yang betul.

Kandungan Kursus

- Pengenalan Konsep 'Programmable Logic Cintrol'

- Komponen Masukan, Keluaran dan Pengurusan Ingatan

- Kaedah Program

- Merekabentuk Program

- Memasang Litar dan Menyelengara Peralatan

Tempoh

- 4 hari

Bayaran

- RM650.00

Siapa Patut Hadir

Mereka yang belum berpengalaman, berminat atau bakal menjadi seseorang yang terlibat dalam bidang penyelengaraan dalam perindustrian, pengajaran yang memerlukan sistem kawalan automatik.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Disediakan oleh Unit Latihan & Pendidikan Lanjutan

Politeknik Sebarang Perai

13500 Jalan Permatang Pauh

Permatang Pauh

Pulau Pinang

Tel : 04-5383322   ext. 1203, 1401

Email : lpl@psp.edu.my