|
MUET
Pengenalan
Kementerian Pendidikan
Malaysia telah membuat keputusan bahawa mulai tahun 2001, semua calon yang
memohon untuk memasuki program ijazah pertama di Institusi Pengajian Tinggi
Awam (IPTA) dan Institusi Pendidikan Swasta (IPTS) dikehendaki mengambil
peperiksaan MUET (Malaysian University English Test) dan mencapai sesuatu
tahap yang telah ditetapkan sebagai satu syarat kelayakan masuk.
Pihak Unit
Bahasa Inggeris Politeknik Seberang Perai melalui konsep "Time Sector
Privatisation" yang bertujuan untuk memberi perkhidmatan kepada masyarakat
tempatan, ingin menawarkan kursus MUET kepada calon-calon di kalangan
pelajar PSP yang berminat.
O bjektif
*Membina kemahiran dalam
Bahasa Inggeris sebagai persediaan menduduki peperiksaan MUET.
*Memberi
pendedahan kepada peserta tentang kaedah dan strategi untuk membuat
persediaan menduduki peperiksaan MUET.
Peserta Kelas
Kelas MUET ini dibuka kepada
bakal-bakal calon MUET dari kalangan pelajar PSP yang memerlukan bimbingan
dan latihan lanjutan dalam Bahasa Inggeris sebelum menduduki peperiksaan
MUET.
Ciri-ciri Keistimewaan
-
Dikendalikan oleh
pensyarah-pensyarah berijazah dan berpengalaman serta pernah menjadi
pemeriksa ujian MUET.
-
Jumlah pelajar yang dihadkan
di dalam satu kelas.
-
Persekitaran pengajaran dan
pembelajaran yang dilengkapi dengan kemudahan alat pandang dengar yang
canggih.
Yuran Kursus
- RM60.00 seorang (termasuk
bayaran untuk bahan-bahan pembelajaran).
Tempoh
- Jangka masa kelas 12 jam.
Tempat
- Makmal Bahasa 1, 2 dan 3
Unit Bahasa Inggeris.
Tenaga Pengajar Yang Terlibat
- Empat (4) orang pensyarah
Unit Bahasa Inggeris, JPA.
 |