Kursus
Diploma secara sambilan yang ditawarkan di Politeknik Seberang Perai
membolehkan lulusan Sijil Politeknik Malaysia terus bekerja sambil belajar
untuk meningkatkan pengetahuan dan kelayakan akademik melalui konsep "
learn
as you earn".
Kelayakan
Diploma yang dianugerahkan adalah setara dengan Diploma Pengajian Perniagaan
secara sepenuh masa. Sukatan pelajaran yang bakal dipelajari telah
diluluskan oleh Lembaga Kurikulum di Peringkat Kementerian Pendididkan
Malaysia. Sukatan pelajaran ini telah digubal oleh pakar-pakar dalam bidang
yang berkenaan dan dikaji dari masa ke semasa bagi memastikan ianya sesuai
dan mampu melahirkan bakal pembantu yang kompeten dan berketampilan.
Di samping
itu, kelayakan Diploma ini membolehkan pelajar meneruskan pengajian ke
peringkat lebih tinggi di universiti-universiti tempatan atau luar negara.