SELAMAT DATANG KE RUANG BICARA BUKU PSP

Ruang ini bertujuan memaklumkan warga PSP buku-buku menarik dalam koleksi Perpustakaan serta menyediakan platform untuk perbincangan dan perkongsian maklumat mengenai buku-buku menarik untuk bacaan.  Warga PSP dijemput untuk menyumbang maklumat/ulasan buku menarik ke libpsp@psp.edu.my.  Sumbangan anda amat dialu-alukan.

Anda juga dijemput untuk berkongsi pandangan mengenai buku-buku yang dipaparkan.  Sila daftar masuk dan hantar komen anda melalui ruang yang disediakan serta masukkan nombor captcha yang tertera.

 

 

Hikmah Puasa

0

Comments

Add

Hikmah Puasa

 

 

Judul : Hikmah Puasa
Pengarang : Ahmad Syafi'i Khatib
Imprint : Kuala Lumpur : Berlian Publications ,2008
ISBN : 983-3423-12-4

 

Buku ini berkisarkan tentang rukun Islam yang ketiga iaitu berpuasa di bulan Ramadhan. Sudah menjadi kewajipan sebagai umat Islam untuk menunaikan rukun-rukan Islam. Di dalamnya terdapat pelbagai topik yang dibincangkan antaranya; pengertian puasa, jenis-jenis puasa, bulan Ramadhan, larangan ketika berpuasa, sebab berpuasa dan hukum berpuasa. Penjelasan dan maksud yang diberikan adalah ringkas, mudah difahami dan disertakan contoh serta sedutan dari al-Quran.

Tazkirah Lilmuslim

0

Comments

Add

Tazkirah Lilmuslim



  

 

 

 

Judul : Tazkirah lilmuslim : min kalami Nabawi
Penyusun : Abdul Rahman Mamat
Imprint : Pulau Pinang : Zammas X'Press Niaga, 2010

 

  

Buku ini menghimpunkan hadith-hadith nabi yang berkaitan dengan kehidupan muslim muslimah sebagai panduan kepada kita dalam meniti kehidupan yang penuh dengan onak dan duri.  Persembahan buku dalam bentuk yang mudah difahami malah hadith yang panjang dipecahkan dalam bentuk pecahan-pecahan yang pendek dengan harapan untuk memudahkan sama-sama kita menghafaz serta menghayati intipatinya.  Ini selaras Hadith Nabi yang bermaksud : " Barangsiapa yang menghafaz atas umatku 40 hadith daripada (hadith yang) berkenaan agama mereka, nescaya Allah akan membangkitkannya pada hari kiamat dalam golongan para fuqaha' dan ulama'."  Buku ini adalah satu lagi hasil karya warga Jabatan Pengajian Am, Politeknik Seberang Perai

Rahsia Bisnes Google

1

Comments

Add

Rahsia Bisnes Google

 

 

 

 

Judul : Rahsia Bisnes Google
Pengarang : N. K. Susrini
Imprint : Selangor : PTS, 2010 
ISBN : 978-967-5226-65-6

 

 

  

Rahsia Bisnes Google mengungkai sejarah kejayaan Google dalam merintis industri enjin pencarian terbesar dunia. Buku ini bermula dengan sejarah kelahiran Google dari penggabungan tenaga pengasasnya sehingga kejayaan Google pada masa ini. Seterusnya ia menerangkan mengenai produk dan teknologi yang dibangunkan. Bagi yang berminat untuk mengenali Google, bagaimana ia berkembang dengan fungsian-fungsian yang memenuhi keperluan maklumat umum, budaya kerja yang diamalkan serta strategi perniagaan Google, buku ini dapat memberi pemahaman dengan cara mudah, ringkas dan lengkap.

9 Nyawa

1

Comments

Add

9 Nyawa

 

 

 

Judul : 9 nyawa
Pengarang : Ramlee Awang Murshid
Imprint : Selangor : Alaf 21, 2010 
ISBN : 978-983-124-487-6

 

 

  

9 nyawa mengisahkan 2 watak utama, Intan Suryani, seorang gadis dari golongan berada tetapi menghidap penyakit jantung dan Hakim, seorang jejaka buta yatim piatu yang menggalas tanggungjawab untuk menyara adiknya Shauqi. Kedua-dua watak ini yang berbeza dari latarbelakang keluarga dan terpisah oleh geografi telah dipertemukan di alam paranormal. Pertemuan ini seterusnya merungkai sejarah silam antara mereka yang selama ini menjadi persoalan dan terpendam di sudut ingatan yang tidak diakui minda. Penggaraban penulis mengenai buku ini mengingatkan kita pada salah satu program tv yang bersiaran disalah satu stesyen televisyen swasta. Walau bagaimanapun, konsep keimanan seorang muslim membezakan 9 Nyawa dengan program tersebut. Buku ini sangat menarik untuk bacaan santai. Penceritaan penulis menggalakkan minda turut sama berimaginasi bersama bacaan.

What the Dog Saw : And Other Adventures

0

Comments

Add

What the Dog Saw : And Other Adventures

January 19, 2010 Ulasan Buku by Aidatul Hasnida

 

 

Judul : What the dog saw: and other adventures
Pengarang : Malcolm Gladwell
Imprint : Camberwell,Vic.: Allen Lane, 2009
ISBN : 978-1-846-14294-9
Kandungan : http://www.amazon.com/What-Dog-Saw-Malcolm-Gladwell/dp/1846142946/ref=reader_auth_dp#reader_1846142946

 

What the Dog Saw mengandungi kumpulan-kumpulan artikel tulisan Malcolm Gladwell dalam The New Yorker.  Buku ini dibahagikan kepada tiga bahagian di mana Bahagian 1 menceritakan mengenai obsessives and minor geniuses; Bahagian 2 mengenai teori  penyusunan pengalaman; dan Bahagian 3 mengenai tanggapan yang dibuat kepada orang sekeliling.  Buku ini menarik untuk dijadikan bahan bacaan santai dan memberi likungan pemahaman baru mengenai perkara-perkara yang kadangkala terlintas difikiran tanpa jawapan yang spesifik.  Bahasa yang digunakan adalah mudah dan menarik.

Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman

1

Comments

Add

Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman

November 20, 2009 Ulasan Buku by Aidatul Hasnida

 

Judul : Travelog Haji : Mengubah Sempadan Iman
Pengarang : Muhd Kamil Ibrahim 
Imprint : Selangor : PTS Publications, 2009 
ISBN : 978-967-5137-20-4 
 

 

  

Buku Travelog Haji memaparkan kisah-kisah mereka yang menunaikan fardu haji. Profesor Dr. Muhd Kamil telah merakamkan detik-detik bersejarah beliau sebelum, semasa dan selepas menunaikan Rukun Islam kelima. Karya ini banyak memberi iktibar kepada pembaca tentang pelbagai kemungkinan yang mungkin ditempuhi ketika menunaikan fardu haji.

 

Laman Utama | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian | Hubungi
© 2010 Perpustakaan, Politeknik Seberang Perai. Hak cipta terpelihara. || Sesuai dengan paparan 1024 x 768 pixel menggunakan sekurang-kurangnya Internet Explorer 7 atau Mozilla Firefox