|
Galeri Sains dan Al-Quran |
|
|
Galeri Sains dan Al-Quran mula diilhamkan oleh Pengarah Politeknik Seberang Perai, Tuan Haji Noor Azahan bin Othman pada awal tahun 2007. Ianya telah direalisasikan dengan usahasama Jabatan Pengajian Am, Jabatan Matematik, Sains dan Komputer serta Perpustakaan, Politeknik Seberang Perai. Sebagai permulaan semua bahan pameran diperolehi daripada Dr. Ariff Kosmo dan replika yang dipamerkan adalah hasil kreativiti pelajar PSP yang berkonsepkan maklumat mengenai hasil-hasil kajian sains yang dilaksanakan oleh tokoh-tokoh akademik Islam. Kini, bahan-bahan pemeran adalah hasil projek pelajar PSP dan dikemaskini secara berkala. Galeri ini terletak di Aras 1 dan telah dirasmikan oleh Pengarah Politeknik Seberang Perai pada 1 Februari 2008.
|